03 December 2009

Wardrobe Clearance.



Ye~ itulah yang di gebang-gebangkan 2, 3 hari ini.. ( gebang tu mcm...ini semua salah si Nurul..Sengkak la..Gebang la..jadi kalau korg tak tau..sila tanya dia ) ...

Baju aku satu almari bertimbun. Nak kemas susah, nak amek baju pun susah, apetah lagi pilih baju. Oleh kerana aku seorang yg futuristic..(blah kau!!)..mungkin ketika Year End Sale ni atau tahun2 hadapan..aku mungkin akan terus membeli baju.. itu memang benda perempuan suka buat. BELI BAJU!!! BELI!! BELI!! BELI!!.. (*sigh*)

Yang aku amat pelik, baju gile banyak..tapi balik2 baju yang sama jugak aku suka pakai...so aku rasa, kata-kata macam "tukar gf-s/bf-s mcm tukar baju" tak sesuai untuk aku..hahaha..(aku mmg tukar baju selalu ok..tapi ske baju yg sama)..ke sama je maksud dia??? arghhh~~!!! persetankan itu..aku bukan nak cerita pasal tu!

Jadi, atas nasihat mak aku adelah setahun yg lepas..

"baju tak pakai tu pilihla..bagi kat orang..banyak sangat dah tu..sakit kepala mama tengok.." ..(pasal mak aku la yg tukang cuci kan...*perasaan bersalah*)

mak aku jugak bagi nasihat tiap2 kali bagi duit...

"jangan beli baju! baju dah banyak..." ..mak korang bagi tak nasihat mcm ni????thoughtful sungguh mak aku.

So, aku start sepahkan baju on 1st of Dec midnight...on 3rd of Dec ptg baru siap kemas..hahaha..(aku mmg super slow..).. attention span aku teruk..naik bosan tengok baju2 tu..ade bukan baju aku, baju kakak aku la..seluar Dockers bapak aku pun sumbat sekali dlm tu..anak sedara aku punya baju~ haih.

Anyway...aku dah tanye sapa2 yang berminat nak baju aku.. mostly size baju yang aku da tak muat sesuai utk orang mcm Nad .. haha.. ye ar, baju dr time aku sekolah pun ade ok.. ade gak tshirt yang aku tak pernah pakai langsung, pernah pakai sekali je.. tapi paling aneh ade baju yang aku tak akan pakai lagi tapi tak akan bagi dekat orang...hahaha.. ianya adelah tshirt PLKN ngan kemeja PLKN~ haih.. kenangan sampai mati. Koyak-koyak kena dawai besi, kotor lumpur tak bley hilang sebab berendam dalam kolam lumpur.. bergolek atas jalan tar pagi-pagi buta hujan lebat sampai lopak air kering.. (huwaaaaaaaa...aku rindu PLKN!!)...



Oleh kerana mcm ade yang berminat, aku dah asingkan semua, ade baju yg ade designer label..~ ade yang tak ada.. ade yg tshirt giant je..~ *hish...takpe la kan?? aku niat nak sedekah ni!!*~ the condition of the clothes to give away tu takde la buruk sgt.. boleh pakai ~ cantik lagi..hehe..so~ aku amat lega bila almari aku kosong hampir 60% dari sebelumnya..yeay!!!.. tapi baju kat rumah sewa shah alam ade lagi satu almari.... (*heavy sigh*)

Antara isi2 kandungan plastik gabak disebelah ini...
baju ni pernah pakai sekali je..hadiah birthday yg ke 16 kot? haha. bapak ketat!

hurm~ tak muat da..


pun da tak muat.

dah tak pernah pakai lagi. US made..(aku pun tatau mane dtg baju brand pelik2 ni)


tak pernah pakai lagi. Ladylike. straightcut kot?




Yang penting sekarang almari aku sudah boleh bernafas. Dulu JuOn pun tak muat nak lepak~ sekarang dia dah boleh bawak geng.

30 November 2009

Gossip jom!!!

Post entry ni bukan post perasan/bajet cun apetah lagi gedik. Aku pun tak tau species ape post ni~ mungkin post rasa risau atau bengang tak pun pelik yang amat bangang.

Time test Kata Karate dulu, ade sorang coursemate yang takde la rapat mana pun ngan aku..pernah tanya…

“weh,ko dgn sape ek? Aku tak pernah dengar ko kena gossip dengan sapa2..”

“heh~mana ade ngan sape2 r..aku bebas gossip ok???”

“Tu ar..bagus gila ko~”


What the heck? Aku mmg la bebas gossip kat fac. Kurang bebas bila orang ajak aku bergossip. Which is aku join je~ huhu..Balik rumah aku gossip balik dengan Trex..(makhluk peliharaan yang sangat comel,pandai memasak tapi panas baran).


Malam tadi lepas match Chelsea vs Arsenal (wahahahahhahahhahhaahhahahaha), sebelum tido aku bergolek –golek sambil pikir sms yg aku dapat..


X - congratz ar..satu ‘Poland’ da tau ko ada apa-apa dengan sedara kat ‘Msia’ tu

Aku – cis~ dah kenapa plak aku dgn dia?

X – ngaku je la kak oi..

Aku – Haih..ko dah down~ down je lar..jgn buat cite pasal aku..merosakkan rumh tangga org mlm2 buta.

X – Ntah..ko patut tanya diri ko..


Again..What the heck is that???...confuse, sbb aku peramah je atau sebab aku suka berbual dengan sgt selamba dengan org membuatkan certain org rasa dia suka kat aku. Aku suka kat dia. Fine, aku mesti suka kat org yang aku suka berbual dengan dia..but there is an exact word to describe it ok? Comfortable. Aku tetiba teringat time sekolah, tingkatan 3 dlu.


Duit sampul meja kelas pakai duit aku dulu..(time tu aku amat baik dan kaya..haha..)..dah nak dekat akhir tahun siap nak buat jamuan kelas sekor mamat ni (mamat yg aku nampak dia sidai spender kaler ape masa form 2)..tak bayar-bayar lagi duit sampul meja rm2 dengan duit ape tah lagi kira dia hutang kat aku dengan kelas la..sampai aku pun malas nak tunggu duit dia, aku pun ckp la~


“weh lan, ko ckp kat syidi tak payah la duit tu~ aku kira halal je..duit jamuan klu dia tak de duit nak bayar, aku bayarkan..”..(giler baikkan aku?)


Sumpah! Aku tak de perasaan kat dia. Lagi2 teringat spender2 dia tu~

Esoknya, si lan (sekarang drag queen terkenal law uitm)..bagi tau aku..gossip2 berandaian yang aku minat kat Syidi sebab tu bayarkan duit kelas..~ Kepala otak dia~(masa ni belum discover lagi ayat WTH/WTF)..semua budak2 laki kelas aku yang mungkin satu dorm dengan dia sibuk cocok2 dia pasal cerita aku bayarkan duit sampul meja..


Reaction aku : buat muka bodo je..(ade jugak rase nak suruh dia bayar balik duit tu kat aku..)~sampai akhir sekolah tingkatan 3 aku tak buat spekulasi ape2 atau pun comment pasal gossip tu. Walau time tu dia wat muka perasan hensem dia kat aku. Cukup tingkatan 4 aku pindah sekolah.


Sekarang…


Whether aku nak berhenti being nice/talk too much with that person atau jgn comment apa2 kat facebook dia? Kalau aku buat bodo~ people will keep talking..yes. I don’t think they’re going to stop. Dia orang ni gossip girls gossip boys. Duduk kedai mamak bukak cerita…nak bukak cerita je pergi kedai mamak. Kecuali kalau ada match bola.


Haih..*belum bergayut 2jam lagi. *Atau mungkin sms 24/7. *Atau chat fb 24/7. *Atau pergi tolong hantar naik kereta pergi somewhere walaupun takde la baik sgt. *Atau keluar pergi makan kat KFC. *Atau keluar makan kat McD. *Atau belanja secara tiba-tiba satu X-Meal KFC walaupun jarang berbual. *Atau bagi choki-choki 2btg~


*which is aku dah pernah buat with different person~ tapi belum pernah kena gossip lagi. Gossip tak sampai ke telinga aku.

Aku memang banyak ckp bila aku rasa mood aku baik and ade benda nak cerita. Atau pun aku rasa amat bosan dan perlukan member nak borak. Atau pun aku rasa free dan kaya utk tolong orang atau belanja orang makan…haish..dosa ke aku???~ I’m just being me!- and treat people like a friend.

29 November 2009

Selamat Hari-Hari


Aku nak penuhkan entry ni dengan gambar-gambar raya haji. Banyak sebenarnya nak bebel. Tapi aku rasa aku perlu bebel sikit je ini hari dan biarkan gambar-gambar itu bebel sendiri..atau mungkin aku letak la caption yang sepatutnya takut-takut adanya dialog-dialog bisu yang blue. Padahal gambar lembu dengan orang je..haish...~




Barbeque malam sebelum korban.






Bergossip. Bermusyawarah




Makan-makan lepas sembahyang sunat aidil-adha.. (Haji Arif's clan)



Korban pertama : lembu ni ganas..dah sembelih pun kepala berpusing lagi.

kambing biri-biri : bukan buat korban. utk aqiqah anak sepupu~yg dok main kejar-kejar tu pakcik aku..hm..mcm budak nakal.


Korban kedua : Lembu ni susah nak letakkan kepala dia kat lubang sembelih..payah beno!(loghat johor)..anyway..dah sembelih ok~(yela..takde la nak berpusing2 kepala lembu tu mcm yg 1st)



berjaya jugak pegang kambing biri-biri ini!!yeah!! (sangat jakun ok?)


what a show~!


1st lembu sudeyh togel.


proses melapah : jgn ckp aku duduk tak senonoh..itu dah cukup senonoh bila kaki aku crammed melapah 3 ekor peha dan kaki lembu.



The crew.






potong!potong!potong!...timbang~ dan bungkus...

Yang mcm tulang rusuk tu, of course la yang lebih lelaki kapakkan..sembelih dalam pukul 11, abes melapah pukul2..aku cuma tak sempat tengok kambing biri-biri tu je yang kena sembelih dan tak tau la crew yang mane plak tolong lapah kan...sebab masa tu aku da selamat membuta sampai pukul 5 petang dengan badan bau lembu terus naik atas katil..(mula2 tido atas sofa..sebab budak2 kecik da buat pesta sambil tgk cartoon network~ aku blah la masuk bilik..tido itu penting!)

Semoga apa yang terkorban tahun ini diberkati dan dirahmati juga di terima ibadahnya..aminnnnn~~~~~~~~



26 November 2009

Rambut mahkota wanita?

Mungkin la mahkota..tapi statement di atas menimbulkan isu sexism. Asal wanita je? tak lelaki kan? heh..abes kalau macam artis melayu Zaibo yang botak tu..takde la mahkotakan? It's just a simile or metaphor babeh! Umpama~ tapi kalau lah mahkota tak gugur macam rambut~ just still and hang at the place..then the shampoo and all the conditioner, moisturizer, and so whatever would not be needed!!!!



current rambut aku lebih kurang camni~ tapi panjang lagi..

Aku nak potong rambut! Taktau la kali keberapa dlm tahun ini...rimas adelah salah satu punca masalah aku... botak? aku memang ade niat nak botak.. tapi banyak org tegah.. apetah lagi anak sedara aku yg umur 8thn..

"Eiiii..mane boleh botak!!! Haraaaammmm..(sila tebalkan 'r' mcm 'ra' dlm arab)..." ciss...aku bukan bagi tayang pun kat orangkan..Sharifah Amani relax je botak berlakon Muallaf, style gile..oh well, walaupun cite tu kena banned kat Malaysia..

aku nak potong..pendek..kalau boleh nak trim belakang~ n tepi2 telinga..nampak ganas mcm army~...aku cakap kat mama..

"ma.. org nak potong rambut..trim belakang ngn tepi ni..hehe..kasi panjang depan~"





......mak aku buat muka pelik........(cricket sounds).....

aku cakap lagi..

"maa..org nak potong mcm Nadira la.. (anak sepupu aku tingkatan 2)...yg panjang depan tercacak belakang tu..."



cousin aku menyampuk..

"rambut yg macam mat rempit tu? hari tu sape tah ckp mcm tu.."

"heh..kita la.." (deym..!) memang aku yg kluar statement tu masa dia datang kenduri sepupu aku kat Melaka, rambut macam tu dengan 3 quarters short and tshirt..sure la cam minah rempit kan? aku yang ganas ni pun pakai lagi baju kurung.. dia yang yang melalak lagu Dua Insan kat majlis kahwin boleh pakai macam tu!

mak aku wat muka pelik~

"muka da mcm budak nakal apesal la yg ko berangan nak potong mcm tu..."

"alaaaa...~baru brutal" aku blah masuk bilik...sure tak tercapai dek akal mak aku kenapa aku nak rambut gitu~..

18 November 2009

Homo I

Sepanjang minggu ni ade sedikit unsur-unsur homo bila asek merayau ngan kaum-kaum sejenis..dari Shah Alam, Melaka, Batu Pahat sampai la ke penghujung benua asia..Tanjung Piai. Dari cerita pasal pembedahan tumor ke atas salah satu kura-kura si Nurul kat Shah Alam, peng-gebang-an cerita kat Melaka, hingga ke-sengkak-an perut melantak seafood di Umbai dan Sungai Lurus Batu Pahat...sampai la cerita Homo semasa makan mee bandung kat Jalan masuk ke Parit Yaani/ Sri Bengkal Batu Pahat.

Hmm..sampai la physical sexual harassment yang terjadi di Lorong Tebing Kiri Sungai Sanglang Pontian. Bahaya. Sesungguhnya berjalan-jalan dengan kaum sendiri itu boleh mengundang malapetaka.

Tuan punya kura-kura bertumor bermasalah lagi..bukan kura-kura dia..tuan dia.

Suka si Y. Tapi si X masuk line. Si Y ade hint, tapi tuan punya kura-kura poyo. Sekarang ni baru menggelabah.

Nasihat 1 : Jangan jadi tamak. Kalau suka kat Y ckp je la. Kalau tak suke kat X jangan bagi harapan palsu. betul tak???

Nasihat 2 : Bagi je la X kat aku... aku single lagi!!!!

Nadzrah/Kenek : Bagi kat aku je!

Aku : Ko dah ade!!

Tuan Kura-kura : tak boleh bagi kat kau jugak...kau kasar sangat. kesian dia.

.............(ini bukan pertama kali aku dengar)...................................

Aku : aku layan kau kasar pasal aku straight..layan lembut2 tu gay namanye! cis.

11 November 2009

Le. Gardenie






This could me and him. I'm Kiwi and he's Orange.

To be together doesn't mean we have to be in a loving relationship.

Atleast we're together.

As a friend.

And nothing i cherish more than that.

Which to an extend i've try my best.

Although the next time i know i've already hate him.

In a second thought, I'm Kiwi. He is Orange.

We're good friends!

And i would be happy if there is an Apple for him.

As for me, I will find another Charmaine.

04 November 2009

Rebel.

Rebel

For being different from them...
The world made me what I am...
I was born as an innocent man.

Life never treats me fair...
Everyone has a blank stare...
And a sadness beyond compare.

No one ever wants to hear...
All they see are my tears...
The rest to them disappears.

I am a rebel because without reasons...
My life is shifted like the seasons...
Only to drown it in a pain of treason.

Everything I ask for no one can give...
There are no worries about how I live...
Making it even harder for me to forgive.

All they give is no comprehension...
I'm just lost in their own attention...
Leaving a lost torment of aggression.

But how I would love to be...
Like all those everywhere I see...
So alive, true and purely free.

I'm a rebel not because I wanted to...
In life I have my own kinds of view...
And I just don't want to be like you.

I am willing to extend....
To anyone my hand...
And help like a true friend.

Yes I will give my all...
If they were to call...
I'll fight until I fall.

All I ask...
Is a simple task...
A friendship that would last.

I'm not a rebel based on war...
Life is what I want to explore...
My rights one should not ignore.

So together we can dream...
Laugh and never scheme...
Someone to silently mute my screams.

Then live together...
Forget all the terror...
And erase all the errors.

Someone to admire...
That my life would inspire...
Fulfilling my joys is all I require.

- Christian Dolon.

Template by:
Free Blog Templates